Skip to main content

Advertisement

TUDM | Dalam proses perolehan beberapa pesawat baharu

TUDM | Dalam proses perolehan beberapa pesawat baharu

Proses perolehan beberapa Pesawat Peronda Maritim (MPA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baharu akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan selepas cadangan tersebut dikemukakan oleh Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan.

Jelas Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, penilaian secara teknikal terhadap pembelian pesawat berkenaan juga telah selesai dijalankan sepenuhnya.