Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mei 2026.

1. PETRONAS sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan

PETRONAS pada Isnin mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.

2. "Kami tunai haji sepatutnya bersama mak ayah, tapi Allah lebih mengetahui..."

Hasrat untuk menunaikan ibadah haji bersama seluruh keluarga tidak kesampaian buat tiga beradik dari Kedah apabila ibu dan bapa mereka terpaksa membatalkan hasrat ke Tanah Suci akibat gagal saringan kesihatan.

3. GSF 2.0: Malaysia akan fail bukti keganasan rejim terhadap aktivis ke mahkamah antarabangsa

Malaysia akan membawa isu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dialami aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke mahkamah antarabangsa.

4. JPJ setuju kembalikan perkhidmatan THM secara dalam talian serta-merta - Loke

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan urus niaga Tukar Hak Milik kenderaan secara dalam talian serta-merta.

5. Kerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh - PM Anwar

Kerajaan memandang serius insiden maut melibatkan tiga pekerja kontraktor di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.

6. Tengku Zafrul dipanggil saksi kes rasuah Muhyiddin

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-11 dalam perbicaraan kes melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi melibatkan kes menerima rasuah RM232.5 juta selain kes pengubahan wang haram RM195 juta yang dihadapi bekas  Perdana Menteri itu.

7. i-Legasi KWSP bantu perkukuh simpanan persaraan merentas generasi

Inisiatif baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Legasi dilihat berpotensi mengubah pendekatan perancangan persaraan daripada sekadar tertumpu kepada keperluan individu, kepada instrumen perlindungan kewangan yang lebih menyeluruh bagi keluarga merentas generasi.

8. 587,801 penawaran pekerjaan diiklankan dalam talian pada suku keempat 2025 - DOSM

Sebanyak 587,801 penawaran pekerjaan diiklankan secara dalam talian pada suku keempat tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) seperti dilaporkan dalam terbitan Analisis Data Raya: Job Market Insights Penawaran Pekerjaan Diiklankan Dalam Talian di Malaysia, ST4 2025.

9. Krisis bekalan global: 7,057 orang hilang kerja pada April, sektor penerbangan merosot - Menteri Ekonomi

Seramai 7,057 pekerja negara ini dilaporkan hilang pekerjaan pada April lalu, meningkat 21 peratus berbanding 5,855 orang pada Mac.

10. Tiga ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini

Tiga Ahli Dewan Negara termasuk seorang lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

 

Must Watch Video

Advertisement