Skip to main content

Malaysia

Insiden tembakan Bangi: Polis adakan sidang media pada Selasa

PDRM logo_filepic
PDRM akan mengadakan satu sidang media khas pada Selasa berhubung insiden berbalas tembakan di Bandar Seri Putra, Bangi Lama. - Gambar Fail.

KAJANG: Satu sidang media khas akan diadakan pada Selasa bagi menjelaskan insiden berbalas tembakan yang mengorbankan dua penjenayah tegar di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi Lama, malam Isnin.

Dalam satu kenyataan, PDRM memaklumkan, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilaporkan berbalas tembakan kira-kira jam 9.10 malam dengan dua suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

"Pemeriksaan di lokasi menemukan satu laras revolver bersama beberapa butir peluru dan kelongsong peluru.

"Turut dirampas empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka serta sarung tangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka," jelas kenyataan itu. 

Sehubungan itu, PDRM memaklumkan sidang media khas itu akan memberikan penjelasan lanjut mengenai operasi, latar belakang suspek dan hasil siasatan awal kes berkenaan.

Kenyataan itu menjelaskan, siasatan lanjut masih diteruskan pihak polis.

Must Watch Video

Advertisement