Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Kes pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman

[TERKINI] Kes pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua pegawai polis yang terlibat dalam insiden anggota pengiring memukul orang kurang upaya (OKU) ke Bukit Aman dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.