Kes ragut di Hulu Selangor, suspek kini dalam buruan
Polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kes ragut melibatkan seorang wanita pada malam semalam. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Dua suspek dipercayai terlibat, termasuk individu yang meragut loket mangsa sebelum melarikan diri dengan motosikal Yamaha Y15ZR. Polis meminta saksi tampil memberi maklumat.