Skip to main content

Advertisement

Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta

Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta

Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit digagalkan polis.

Menerusi sidang media pada jumaat, komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu kira-kira jam 11 malam isnin lalu.