[TERKINI] SPR siapsiaga hadapi kemungkinan PRN di tiga negeri
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran DUN di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dengan melaksanakan pelbagai langkah proaktif termasuk penyelarasan operasi, latihan petugas serta kemas kini logistik. Pada masa sama, persediaan bagi PRU16 turut dipergiat susulan bayangan pilihan raya lebih awal.