Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Taufan Kajiki Landa Laos, Thailand dan Vietnam

Taufan Kajiki Landa Laos, Thailand dan Vietnam

Beberapa wilayah di Laos dilaporkan terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat dan angin kencang yang dibawa oleh Taufan Kajiki. Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Laos mengeluarkan amaran awal mengenai risiko banjir, tanah runtuh dan limpahan sungai. Paras air Sungai Xedon direkodkan melebihi paras amaran banjir. Di Thailand, lapan wilayah dilanda banjir dan tanah runtuh melibatkan lebih 180 isi rumah. Sementara itu, di Vietnam, lebih 10,000 kediaman dan pejabat rosak serta lebih 86 hektar tanaman terjejas akibat taufan dan banjir.