Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tanah Runtuh | Cerun di tapak runtuhan batang kali bukan bawah pemantauan JMG

Tanah Runtuh | Cerun di tapak runtuhan batang kali bukan bawah pemantauan JMG

Cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal di bawah pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JMG Hisamuddin Termidi berkata, ia bertentangan dengan laporan media sebelum ini, yang menyatakan cerun terbabit berada dalam senarai pemantauan pihaknya.