Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pekerja hilang dalam runtuhan tapak pembinaan rel di Seoul

Pekerja hilang dalam runtuhan tapak pembinaan rel di Seoul

Seorang pekerja dilaporkan hilang manakala seorang lagi terperangkap dalam runtuhan tapak pembinaan rel komuter di Gwangmyeong, barat daya Seoul.

Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan mengesahkan insiden ini berlaku ketika kerja-kerja pembinaan landasan baharu yang menghubungkan pusat bandar Seoul dengan kawasan pinggir bandar.