Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Jun 2026.

1. ADUN PH Negeri Sembilan hadir pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar

Beberapa kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, di Seremban, pada Selasa.

2. Kemalangan maut Simpang Renggam: Remaja 19 tahun direman dua hari

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di Batu Pahat, pada Isnin.

3. Cadangan pindaan Perlembagaan perkukuh Rukun Negara, beri kuasa undang-undang - Peguam

Pindaan Perlembagaan Persekutuan disaran untuk memperkukuh kedudukan Rukun Negara, termasuk menjadikannya sebagai mukadimah serta menggubal undang-undang bertulis bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip tersebut. 

4. Mesyuarat tergempar PH Negeri Sembilan bincang persediaan PRN

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pada Selasa hanya membincangkan mengenai persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

5. PRN Johor: Speaker serah warta pembubaran DUN kepada SPR

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan warta pembubaran DUN Johor telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa.

6. Anthony Loke gesa siasatan nahas maut Simpang Renggam disegerakan

Polis digesa menyegerakan siasatan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang, Johor pada Isnin. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu penting bagi membolehkan kertas siasatan dirujuk segera kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

7. PRN Johor: Senarai calon BN sedang diteliti - Ahmad Zahid

Senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dikemukakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kini dalam peringkat penilaian.

8. Pendaki hilang: Perkembangan SAR, tindakan dibincang dalam mesyuarat esok

Status semasa dan perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih dekat sini sejak 24 Mei, akan dibincangkan dalam satu mesyuarat esok.

9. PRN Johor: Utamakan calon muda, muka baharu tarik pengundi belia - Azalina

Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) wajar mempertimbangkan calon muda dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi muda yang tinggi, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.

10. PRN Johor: Tanpa kerjasama Kerajaan Persekutuan, mustahil Johor terima pelaburan RM110 bilion - AMK

Kejayaan pembangunan Johor hari ini adalah hasil kerjasama erat antara negeri itu bersama Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

Must Watch Video

Advertisement