Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tabung Haji | Prestasi baik cerminkan kepentingan urus tadbir yang cekap

Tabung Haji | Prestasi baik cerminkan kepentingan urus tadbir yang cekap

Keupayaan Tabung Haji (TH) meningkatkan saiz dana sehingga RM88.09 bilion pada Jun tahun ini, berbanding RM86.5 bilion pada Mac sebelumnya, dilihat mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap instrumen ekonomi Islam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, kementeriannya, serta pengurusan TH sendiri akan lebih agresif untuk memastikan sokongan dan dokongan berterusan masyarakat terhadap institusi itu.