Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman

Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan serta hukuman penjara, denda dan rotan, bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Peguam Syed Saddiq, Alex Tan Chie Sian dari Firma Messrs Wong Kian Kheong berkata, bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan Peguam Kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili bekas Presiden Parti Muda itu dalam rayuannya.