Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kematian Sri Ram | Tommy Thomas minta masa lantik peguam baharu

Kematian Sri Ram | Tommy Thomas minta masa lantik peguam baharu

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap pasukan petugas khas dan kerajaan Malaysia susulan kematian peguam beliau, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Sri Ram, 79, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, meninggal dunia, dipercayai akibat jangkitan paru-paru, di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada Ahad.