Skip to main content

Advertisement

1MDB | Sabitan Roger Ng, kemenangan buat rakyat Malaysia - Peguam

1MDB | Sabitan Roger Ng, kemenangan buat rakyat Malaysia - Peguam

Keputusan berkaitan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, yang didapati bersalah di Mahkamah Amerika Syarikat, disifatkan peguam sebagai kemenangan kedaulatan undang-undang dan kemenangan buat rakyat Malaysia yang sepatutnya menerima manfaat dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Breon Peace berkata, defendan, Roger Ng, dan kroninya melihat 1MDB bukan sebagai satu entiti yang boleh membantu rakyat Malaysia, tetapi sebagai tabung simpanan untuk memperkayakan diri dengan wang yang disalah guna dari dana itu.