Skip to main content

Advertisement

Sukan SEA | CNA mohon maaf tersalah padan bendera sembilan negara

Sukan SEA | CNA mohon maaf tersalah padan bendera sembilan negara

Stesen berita 24 jam, Channel News Asia (CNA) memohon maaf kerana tersalah memadankan sembilan daripada 11 bendera negara ketika memaparkan kedudukan pungutan pingat Sukan SEA ke-31 pada Khamis.

Agensi yang berpangkalan di Queenstown, Singapura itu menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, insiden yang tidak disengajakan itu berlaku dalam segmen Asia First kira-kira pukul 7.50 pagi.