Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

SmartLane: Pengguna Elite boleh ikut lorong kiri USJ-Seafield

SmartLane: Pengguna Elite boleh ikut lorong kiri USJ-Seafield

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini. Ia melibatkan laluan kilometer (km) 8.1 hingga km 6.1 arah utara di lebuhraya ELITE mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap Isnin hingga Ahad kecuali hari kelepasan am.