Taktik sekumpulan tujuh lelaki yang menggunakan platform jual beli barang untuk memperdayakan orang ramai memuat turun Android Package KIT (APK) sebelum bertindak mengeluarkan duit mangsa terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di dua unit premis di ibu negara pada Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan empat warga asing, masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.