Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ada mangsa bertukar jadi ejen sindiket – PDRM

Ada mangsa bertukar jadi ejen sindiket – PDRM

Polis Diraja Malaysia mengesyaki terdapat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang pernah diselamatkan sebelum ini, bertukar menjadi ejen sindiket untuk merekrut raykat Malaysia bekerja di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, perkara itu dikesan hasil saringan daripada keseluruhan individu yang diselamatkan di Myanmar baru-baru ini.