Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Siasatan budak enam tahun pandu kereta hampir lengkap

Siasatan budak enam tahun pandu kereta hampir lengkap

Kertas siasatan membabitkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang curi pandu kereta milik bapanya sejauh kira-kira 2.5 kilometer, sebelum terlibat kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, pada Selasa lalu hampir lengkap.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri di Alor Setar sebaik pihak polis menerima laporan perubatan daripada hospital.