Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Senario Sabah | Adakan PRN atau selesaikan di DUN

Senario Sabah | Adakan PRN atau selesaikan di DUN

Politik Sabah kembali bergelora.

Baru 27 bulan dibentuk, kerajaan negeri GRS yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dilaporkan telah runtuh selepas penarikan balik sokongan 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN.

Ini menimbulkan persoalan apakah yang mungkin berlaku selepas ini.

Bagi Penyelidik GeoPES UMS, Dr Romzi Ationg terdapat beberapa senario yang boleh berlaku di negeri Sabah melihat kepada perkembangan politik semasa.