Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

SARA dan STR Fasa 1 dikreditkan bermula Januari 2026

SARA dan STR Fasa 1 dikreditkan bermula Januari 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima seawal 9 Januari 2026.

Sementara itu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 pula dijadualkan dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 20 Januari 2026.

Pada tahun 2025, SARA telah dimanfaatkan oleh 96 peratus rakyat dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM2.1 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM157 juta tidak dibelanjakan dan tidak diambil oleh kerajaan.

Dana berkenaan akan diagihkan semula kepada penghuni pusat perlindungan termasuk mangsa keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya dan berkeperluan khas, selain digunakan bagi pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin serta menyokong bank makanan dapur SISWA.

#AWANInews