Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Rundingan Putrajaya mungkin fokus isu kemanusiaan

Rundingan Putrajaya mungkin fokus isu kemanusiaan

Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini dijangka tidak akan menyelesaikan isu sempadan, sebaliknya membuka ruang kepada dialog berkaitan kemanusiaan susulan jumlah kematian mangsa semakin meningkat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, perbincangan lanjut mungkin dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan penekanan kepada bantuan kemanusiaan tanpa menyentuh sensitiviti kedaulatan.