Sidang Kemuncak CleanEnviro (CESG) yang berlangsung sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura 2024 memberi penekanan terhadap tiga fokus utama iaitu tindakan iklim, pengurusan sumber dan kebersihan awam dalam mendepani isu-isu global yang memberi kesan terhadap kesejahteraan manusia. Sidang dwitahunan itu antara lain mengangkat inovasi baharu dalam kalangan peserta terlibat.