Skip to main content

Advertisement

Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan

Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan

Polis membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga dihiasi dengan bendera China dalam satu program perarakan di sekitar daerah Muar pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam satu kenyataan berkata perarakan tersebut diadakan sempena program seni dan kebudayaan bersempena ulang tahun ke-20 gabungan Persatuan Tiong Hua daerah Muar.