Dua lelaki curi peti wang 'nasi bajet' diburu polis
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah dalam kenyataan pada Khamis (21 Mei) berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mangsa yang berusia 21 tahun sedang berniaga dan membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna perak yang dipercayai berpura-pura membeli makanan.