Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Reformasi Institusi | Akta dana politik, had penggal PM dilaksana secepat mungkin

Reformasi Institusi | Akta dana politik, had penggal PM dilaksana secepat mungkin

Kerajaan bertekad melaksanakan langkah-langkah reformasi, terutamanya perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dicapai atau ‘low hanging fruits’.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, antara perubahan yang diusahakan termasuk akta dana politik dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.