ISTANBUL: Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Ahad berkata "tiada yang mewajarkan" peningkatan berterusan di selatan Lubnan, ketika ketegangan terus meningkat di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Tiada apa yang mewajarkan peningkatan ketegangan yang sedang berlaku di selatan Lubnan. Perancis akan meneruskan sokongannya kepada pihak berkuasa Lubnan dalam usaha mereka memulihkan kedaulatan negara dan integriti wilayah negara," kata Macron menerusi hantaran di X.
Kenyataan beliau dibuat ketika tentera Israel meneruskan serangan hariannya di seluruh Lubnan walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April dan dilanjutkan selama 45 hari berikutan rundingan tidak langsung yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat (AS).
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan Israel sejak 2 Mac telah membunuh lebih 3,370 orang dan lebih 10,000 yang lain.
-- BERNAMA-ANADOLU