Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ramalan Cuaca | 'Musim sejuk' di Malaysia hingga Februari

Ramalan Cuaca | 'Musim sejuk' di Malaysia hingga Februari

'Bahang' Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah celsius.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan sehingga Februari depan.