Skip to main content

Advertisement

Ramai veteran ATM Sabah, Sarawak tidak berdaftar, sukar dapat bantuan

Ramai veteran ATM Sabah, Sarawak tidak berdaftar, sukar dapat bantuan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui berdepan dengan kesukaran untuk mengesan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak kerana tidak mendaftar dengan persatuan veteran ATM bagi membolehkan mereka mendapat skim Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menjawab Soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) mengenai pelaksanaan BSH kepada veteran ATM yang tidak berpencen khususnya golongan B40.

Beliau memberitahu, bagi tujuan itu, pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah ke Sabah bagi memastikan kebajikan dan hal ehwal veteran yang masih belum mendaftar lagi itu diberikan perhatian.