Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Masyarakat disaran tidak menghakimi Imane Khelif - Pakar

Masyarakat disaran tidak menghakimi Imane Khelif - Pakar

Masyarakat disaran tidak mempunyai stigma negatif terhadap petinju Algeria, Imane Khelif atau mereka dengan keadaan sama seperti beliau.

Ini kerana menurut Pensyarah & Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Prof. Dr. Ani Amelia Dato’ Zainuddin, apa yang berlaku kepada Imane dan mereka dengan keadaan biologi sebegitu, adalah kondisi semulajadi dalam perkembangan seksual yang berlaku secara genetik dan bukan disebabkan oleh pilihan atau tindakan mereka.