Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | PKR hubungi 10 ribu ke 15 ribu pengundi atas pagar setiap minggu

PRU15 | PKR hubungi 10 ribu ke 15 ribu pengundi atas pagar setiap minggu

Bermula 1 Oktober depan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghubungi melalui telefon antara 10,000 sehingga 15,000 pengundi atas pagar di seluruh negara setiap minggu bagi menjayakan kempen pilihan raya yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, parti itu menyasarkan untuk menghubungi kira-kira sejuta pengundi kumpulan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.