Skip to main content

Advertisement

PRU15 | Calon tempatan bukan faktor kemenangan di sesebuah kawasan

PRU15 | Calon tempatan bukan faktor kemenangan di sesebuah kawasan

Kemenangan seseorang calon itu tidak hanya bergantung kepada faktor calon tempatan, kata Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor.

Menurutnya, banyak faktor menyumbang kemenangan termasuk ketokohan, kerana ada calon yang sudah cukup dikenali atas kredibiliti kepimpinannya yang boleh menjadi faktor kemenangan di sesebuah kawasan.