BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa Iran telah “membayar harga yang sangat mahal” susulan peningkatan ketegangan di Asia Barat.
Dalam hantaran di platform X, beliau turut mendakwa kedudukan pentadbiran di Tehran semakin tertekan.
"Harga yang telah dibayar oleh Iran adalah sangat mahal. Asas-asas kepada pemerintahan keganasan di Iran ini telah pun retak.
"Ia tidak akan pernah kembali kepada keadaan asal, dan saya katakan kepada anda – ia ditakdirkan untuk tumbang," katanya hari ini.
נפרדנו אתמול מראש המוסד היוצא דדי ברנע.
המחיר שאיראן כבר שילמה הוא כבד מאוד. היסודות של משטר-האימים הזה באיראן נסדקו. הוא לא ישוב להיות מה שהיה, ואני אומר לכם - סופו ליפול.
בשמי, בשם העם כולו, באתי לומר לדדי - תודה. תודה על 30 שנים של שירות מסור במוסד ותודה מיוחדת על השנים… pic.twitter.com/lMXjenIWYt— Benjamin Netanyahu - בנימין נתניהו (@netanyahu) June 2, 2026
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara Israel dan Iran dilaporkan terus meningkat sejak kebelakangan ini.
Perkembangan tersebut berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan masih berunding mengenai draf memorandum persefahaman (MoU) bagi meredakan konflik.
Penganalisis berpandangan kenyataan tersebut mencerminkan usaha untuk mengekalkan tekanan politik dan keselamatan terhadap Iran di rantau berkenaan.
Setakat ini, pihak Iran belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung kenyataan Netanyahu itu.