Projek Sakit | Pinda akta bantu pembeli projek rumah terbengkalai
Kerajaan akan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1996 (Akta 118) bagi membantu pembeli projek perumahan terbengkalai termasuk projek swasta.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pindaan itu perlu dilaksanakan memandangkan akta sedia ada tidak cukup untuk membela nasib pembeli yang berdepan masalah berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu perkara seperti projek perumahan terbengkalai berlaku lagi di masa akan datang yang seterusnya pembeli terus terbeban dengan masalah terbabit.