Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRN: Bertanding menentang sepupu bukti demokrasi sihat - Calon PN DUN Klawang

PRN: Bertanding menentang sepupu bukti demokrasi sihat - Calon PN DUN Klawang

Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Klawang, Danni Rais berkata pertandingan antara diri dan sepupunya yang merupakan Calon Pakatan Harapan, Datuk Bakri Sawir di DUN Klawang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah bukti suburnya demokrasi yang sihat. Beliau tidak selesa seringkali ditanya mengenai hubungan kekeluargaan mereka, namun jelasnya pertembungan dalam PRN ini tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka.