PRN Johor | Calon MUDA mahu bukti kemampuan wanita
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.
Bagi satu-satunya calon wanita yang bertanding di kerusi itu, Amira Aisya Abd Aziz yang mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), beliau mengharapkan persaingan sihat bagi mempamerkan politik matang kepada pengundi di DUN Puteri Wangsa.