Politik personaliti mulai bertukar daripada dominan kepada defensif
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif eBdesk Malaysia Sdn Bhd, Sasongko Yudho, ketika COVID-19 berlaku, semua pihak tidak mempunyai perancangan rapi begitu juga di Indonesia apabila Presiden, Jokowi mengambil langkah defensif kerana perlu memberi fokus antara ekonomi dan kesihatan. Tidak ada insiden politik yang cukup besar sehingga menyebabkan 'panggungnya' kelihatan kosong.
Bagaimanapun, personaliti akan menjadi dominan, dan ia bukan terletak pada jawatan yang dipegang tetapi pendedahan di media termasuk media sosial seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Khaled Nordin dengan Menteri Besar Johor.