Skip to main content

Advertisement

Politik Perak | ''Di mana keputusan no Anwar, no DAP'' - soal Ahmad Faizal

Politik Perak | ''Di mana keputusan no Anwar, no DAP'' - soal Ahmad Faizal

Keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak disifatkan sebagai suatu resipi untuk bencana.

Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, tindakan itu sekali gus mengesahkan ura-ura sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.