Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PM persoal moral kutip cukai tambahan jika ketirisan masih berleluasa

PM persoal moral kutip cukai tambahan jika ketirisan masih berleluasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kewajaran kerajaan mengenakan cukai tambahan kepada rakyat sekiranya hasil kutipan sedia ada masih tidak diurus dengan berhemah dan terus mengalami kebocoran besar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan sistem tadbir urus negara benar-benar bersih sebelum mengenakan sebarang bentuk cukai baharu.