Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peruntukan yang mencukupi disalurkan kepada mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka, yang sehingga kini telah menjejaskan 33,000 orang.
Perdana Menteri berkata beliau juga mengadakan perbincangan dengan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tentang keadaan terkini bencana banjir dan jenis bantuan yang akan diberikan, sebelum berlepas pulang dari filipina pada Khamis.