Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pindaan AUKU bantu mahasiswa raih dana diperlukan dengan lebih mudah - Mahasiswa

Pindaan AUKU bantu mahasiswa raih dana diperlukan dengan lebih mudah - Mahasiswa

Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) Universiti Malaya (UM), Latt Eiman Yasmynd Ahmad Sufiani berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Akta 30) yang membenarkan pertubuhan mahasiswa untuk mengutip dan menerima sumbangan awam membantu mempercepat proses meraih dana yang diperlukan. Jelasnya, ini memboleh menghentikan kebergantungan pertubuhaan dalam kampus kepada birokrasi Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).