Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gerakan Mahasiswa akan berarak ke Parlimen desak mansuh AUKU

Gerakan Mahasiswa akan berarak ke Parlimen desak mansuh AUKU

Adam Adli Abdul Halim didakwa melakukan dosa besar apabila kini menjawat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, namun tidak mampu menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti diperjuangkannya semasa menjadi aktivis pelajar.

Perumpamaan itu disuarakan beberapa gerakan mahasiswa yang menuntut reformasi itu ditunaikan segera.

Sebagai reaksi terhadap pendirian itu, mereka akan berarak dari Taman Tugu ke Parlimen pada Isnin depan bagi mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.