Skip to main content

Advertisement

Pengangguran | Jangan hanya salahkan graduan sahaja-MBM

Pengangguran | Jangan hanya salahkan graduan sahaja-MBM

Masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan university di negara ini perlu dilihat secara realistik dan lebih adil berbanding hanya menyalahkan satu pihak sahaja.

Menurut Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Syafiq Ridzwan Jamaluddin, masalah tersebut juga sebenarnya berpunca daripada tahap perkembangan industri pekerjaan yang perlahan di negara ini.