Skip to main content

Advertisement

Pendidikan | MGJA dan UiTM mahu wujudkan Akademi Golf

Pendidikan | MGJA dan UiTM mahu wujudkan Akademi Golf

Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan untuk memperluaskan lagi inisiatif dan usaha mengasah bakat-bakat baharu dalam sukan golf dengan menyasarkan untuk menubuhkan Akademi Golf.

Menurut Presiden MGJA Datuk Seri Dr Ir Mohizam Ibrahim, perkara tersebut masih dalam peringkat awal perbincangan bersama pihak UiTM menerusi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).