Skip to main content

Advertisement

Amerika mahu rampas dan kawal TikTok?

Amerika mahu rampas dan kawal TikTok?

Tindakan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang mengarahkan syarikat ByteDance untuk menarik semula penggunaan aplikasi TikTok di negara itu dalam tempoh enam bulan atau berdepan pengharaman, terus mencetuskan pelbagai reaksi serta perdebatan pelbagai penjuru. Malah tindakan terbaharu bekas Setiausaha Perbendaharaan kerajaannya, Steven Mnuchin yang kini sedang mengumpul sekumpulan pelabur untuk membeli aplikasi itu, ibarat Amerika mahu miliki dan mengawal aplikasi popular berkenaan.