Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pelancongan | Malaysia perlu benarkan VOA kepada semua negara

Pelancongan | Malaysia perlu benarkan VOA kepada semua negara

Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin berikutan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19.