Hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2022 ditutup dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam ucapan sulung pasca kerajaan perpaduan di Perhimpunan Agung UMNO, beberapa isu dibangkitkan beliau termasuk berkaitan hala tuju UMNO dan penjelasan terhadap isu semasa.
Kita bersama wartawan di lokasi, Ridauddin Daud untuk perincian lanjut.