Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pasca PRU15 | Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pintu 1 Istana Negara

Pasca PRU15 | Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pintu 1 Istana Negara

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat memasuki pintu 1 Istana Negara sekitar 4.32 petang bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau dilihat melambai tangan ke arah pengamal media yang berada di pekarangan Istana Negara sebelum memasuki pintu 1.