PAC panggil MOF beri penjelasan tentang dua projek LADA
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kewangan untuk memberi penjelasan berhubung kelemahan pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tentang dua projek.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 telah menyatakan kegagalan LADA untuk mengutip hasil pajakan tanah dua projek, iaitu Projek Pembangunan Hotel St Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018; dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003.